? ??????????????What It Do (Animated)? ????? ?????? ???Rating: 4.4 (11 Ratings)??0 Grabs Today. 8105 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Dance Dance (Animated)? ????
? ?????? ???Rating: 4.7 (15 Ratings)??0 Grabs Today. 3969 Total Grabs. ??????Get the Code?? CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Friday, February 28, 2014

Amanah c kakak...

Assalamualaikum..harap semuanya sihat walafiat..post kali ni tuk anak buahku yang dua orang..ramai dah anak buah sebenar sebab dah ada 13 orang dah..hehe...alhamdulillah ramai geng kat rumah kalau  balik kampung semua..k la ni ragam Norafiqa atau nama timangannya fifi dan Mohd hanif atau hanif...


                           











Saturday, February 22, 2014

alhamdulillah 2014

Assalamualaikum...harap semua pengunjung blog saya sihat selalu..untuk tahun 2014 baru ada peluang untuk post dalam blog saya ni..kak aisyah bagi tau saya yang cikgu saya masa di smk ulu sugut iaitu cikgu suhaini ada tengok blog saya..alahai malunya cikgu tengok coretan saya dalam blog ni yang entah pa2 saya taip..hehe..apa2 pun tq cikgu..cikgu tak pernah saya lupakan..nanti datang sabah n direct p ranau..hehe..harap cikgu sihat selalu..jaga diri cikgu...hehe..aikh sesi ucapan pula...ok lah untuk tahun ini..alhamdulillah saya telah mencapai sasaran saya..awal tahun dah tercapai...tq Allah dengan kekuatan dan pertolonganMU...semestinya ada impian lain tuk tahun ini dah insya Allah akan tercapai juga tu..amin..hehe..kawan2 dan pengunjung blog saya pun pasti ada impian tahun ini..insya Allah...sama2 kita usaha tuk jadikan ia kenyataan ya...k la nanti kita jumpa lagi...jaga diri semua...

Saturday, July 20, 2013

perjalananku...

Assalamualaikum…salam ramdhan…lama x update blog saya ni..huhu…sekarang ini saya berada di negeri orang..saja nak merantau tempat orang tuk belajar bagaimana tempat orang ni..syukur Alhamdulillah perjalanan saya dipermudahkan olehNYA dan saya juga dimurahkan rezeki di tempat ini…TETAPI belum pun lama kat dah hadapi macam2 ragam manusia..tetapi tu lah manusia kan..pelbagai ragam dan sikap..tu uniknya manusia…ni kisahku…

'Hampir jadi mangsa ragut'
saya berjalan balik dari kerja..dalam perjalanan saya tengok kat hadapan saya ada dua orang lelaki yang sorang berdiri dan sorang lagi duduk.saya tiba2 rasa lain bila tengok lelaki2 tu...huhu..saya takut nak lalu jalan tu tapi saya terpaksa lalu jalan tu juga.saya teruskan alihkan beg tangan ke sebelah kiri tangan saya sebab lelaki2 tu arah kanan saya, saya sembunyikan beg tangan dalam tudung saya(nasib tudung besar)..baca ayat kursi dan doa mohon perlindungan daripada perkara yang tak baik..saya teruskan perjalanan..bila nak hampir tempat lelaki2 tu..tiba2 seorang pakcik berhenti berdekatan dengan tempat lelaki2 tu dan pakcik tu angkat tangan kanan sambil cakap 'adik jalanlah',katanya..saya terus terkejut...saya pun lalu dihadapan lelaki2 tu...tiba2 lelaki yang berdiri meluruh ke arah saya tapi saya terus lari ke hadapan..saya memang agak dia nak ambil beg tangan saya tapi dia tak dapat sebab terlindung oleh tudung..selepas itu, saya tak nampak dah pakcik tu..saya terus fikir pakcik tu dah tua dan badan kecil jak kalau dua lelaki tu belasah dia memang kena teruk tapi tak...alhamdulillah dengan pertolonganMU...PENGAJARANNYA JANGAN PAKAI BEG TANGAN BESAR SANGAT DAN JANGAN JALAN SORANG2...HUHU...trauma dah....


Semoga terus dilindugi olehNYA..TQ ALLAH..saya hanya ADAMU…ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA MELINDUNGI…

Thursday, January 31, 2013

Tragedi 23 Januari 2013

Assalamualaikum...sihat ke?harap-harap sihat semuanya...saya sihat cuma ada sesuatu yang mengganggu fikiran sekarang..huhu...tanggal 23 Januari 2013 (Rabu) sesuatu peristiwa yang berlaku apabila dua orang murid SK Mangkapoh,Ranau telah lemas semasa balik dari sekolah. Menurut mangsa yang terlibat semasa kejadian, seramai 14 orang telah menaiki perahu tersebut, 2 orang lelaki dewasa,1 orang remaja perempuan lepasan SPM,11 orang murid  SK Mangkapoh..12 orang terselamat dan 2 orang murid lemas iaitu Fara (tahun 3) dan Justina (tahun 5). Kejadian berlaku di sungat Sugut.

Pihak sekolah sudah memaklumkan kepada wakil ibu bapa supaya tidak membawa murid atau anak mereka datang ke sekolah. Hal ini kerana, pada hari Rabu adalah penyerahan RM100 kepada semua murid tetapi bagi murid dari Kg.Mangkapoh kami tidak benarkan ke sekolah sebab masalah jambatan yang rosak selepas terkena banjir besar.

semasa di tempat kejadian
selepas mendapat tahu tentang kejadian tu saya,c.Gopi, ustaz dan murid2 lain bergegas ke tempat kejadian di sungai.Apabila saya sampai,saya dah terdengar suara menangis...aduina terlintas dalam fikiran saya, 'kuatkah saya untuk tengok keadaan mereka?'...namun saya teruskan juga berjalan sampai ke sungai.Sampai saja di tebing sungai saya terus berjumpa dengan orang yang ada di tempat kejadian.Terduduk terus bila dengar cerita sebenar...huhu..

Saya tidak mampu berkata apa-apa lagi...lama berdiri di tebing sungai saya terjumpa mama Fara.Saya terus peluk dia..Macam-macam dia cakap tapi saya rahsiakan di sini apa yang dia cakap dengan saya k..Saya hanya mampu berkata supaya dia bersabar dan relakan pemergian dia...huhu...Memang sesiapa pun yang berada di sana pada masa itu kena kuat semangat sebab keluarga mangsa menangis sampai menjerit-jerit ini...huhu..menyayat hati betul...

Selepas kejadian
Sedih memang sedih tapi benda sudah berlaku, itu lah yang ditentukan olehNYA..PERCAYA PADA QADA' DAN QADAR...sebelum ini hanya mendengar berita musibah yang kena pada orang lain tetapi, apabila musibah itu kena pada batang hidung sendiri baru terasa berat...dulu senang dan ringan sahaja di mulut berkata sabar kepada orang lain tetapi apabila kita sendiri yang menghadapinya memang agak sukar...selepas kejadian itu saya langsung tidak boleh tidur sebab asyik terbayang saja muka murid itu...saya ingat saya sorang saja begitu tetapi guru-guru yang lain pun sama..

Tetapi, yang sangat menyedihkan adalah ramai pula orang yang menyalahkan pihak lain..kami yang mendapat musibah itu hanya berdiam diri malah orang lain pula yang lebih-lebih .Cerita yang sebenar pun telah 'ditambah pelbagai perisa'..huhu..sampai ada yang sampai bergaduh dalam fb ni...jadi,sekarang kita jangan hanya menunding jari kepada orang lain tetapi sama-sama perbaiki diri dan jadikan itu sebagai pengajaran untuk kita semua...



Terbaru
Mayat Justina telah dijumpai pada hari kejadian dan selamat dikebumikan pada 25 Januari, manakala mayat Fara belum lagi dijumpai hingga sekarang..huhu...sedihnya tapi nak buat macam mana semua dah bertungkus lumus mencari tetapi tidak dijumpai...

tempat kejadian tetapi ini sebelum jambatan benar putus/rosak

semasa kejadian...jambatan dah rosak 3 sebelum...

Monday, December 31, 2012

Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita

Assalamualaikum..post saya kali ini untuk peringatan untuk diri saya sendiri dan semua, manusia tidak lari daripada penyakit lupa jadi sama2 kita ingatkan diri kita sendiri k...

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah


Sunday, December 30, 2012

tahun 2012

Assalamualaikum...sesuatu peristiwa pasti akan berlaku yang akan menjadi suatu kenangan malah sejarah tuk akan datang...hehe..betul ka tu? jadi,tahun 2012 juga akan berlalu...hehe..pelik jak bunyinya ni...xpa lah mana2 jak lah...impian tahun 2012 saya belum lagi tercapai jadi impian tu saya akan bawa ke tahun 2013..insyaAllah pasti akan tercapai tahun 2013...sabar dan terus bersabar,kalau hilang sabar syaitan akan dekat..hehe...

Banyak yang berlaku pada tahun 2012 ni pada diri saya, suka,duka, dan macam2 lah..sesuatu peristiwa dan keadaan yang sangat menguji diri saya tapi dengan pentunjukMU saya dapat mengatasinya..memang saya akui amat sukar tapi apa yang paling utama kena tanya diri sendiri 3 soalan ini...
1.Dari mana kita datang?
2.Untuk apa kita hidup?
3.kepada siapa kita akan kembali?


saya sangat bersyukur dengan perlindungan dan pentunjukMU YA ALLAH...sentiasa ingat yang ALLAH sentiasa ada...


wassalam..

Wednesday, July 25, 2012

Assalamulaikum w.b.t...alahai lamanya tidak update blog saya ini..huhu...k la salam ramadhan untuk semua umat Islam....