salam luar biasa bagus n hebat sekali.....kata2 ni aku suka guna untuk motivasikan diri n korang semua....kata2 pembuka bicara dari motivator yang aku suka iaitu DR.HM Tuah...emm...entah terlintas di fikiran aku untuk buat post baru tentang tajuk ini...sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 suma..."semakin kita beremosi,semakin akal tidak berfungsi", memang betul kata2 itu....ok k lah jom kita sama2 renung dan fikir di sebalik cerita tersebut....
cerita ini aku petik daripada http://www.iluvislam.com/ oleh Yoon…cerita ini menarik perhatian aku tu yang terus buat post..ceritanya gini……….
Seorang gadis dimasukkan ke hospital kerana mengambil paracetamol berlebihan. Dia menelan berpuluh-puluh biji pil tersebut sekali gus. Berlaku tindak balas yang teruk kepada bahagian hati dan hampir-hampir saja tindakannya itu meragut nyawanya. Di atas katil hospital dia menceritakan sebab bagi kewajaran tindakannya. “Saya bercinta dengan seorang pemuda dalam satu kisah yang panjang…” gadis itu memulakan cerita. “Kami menemui keserasian sejak dari umur kanak-kanak. Kami bersekolah tadika sama, sekolah rendah dan sehinggalah peringkat menengah.” Ceritanya lancar sekali seperti menjeling zaman lampaunya yang indah semerbak. “Saya tahu dia tercipta untuk saya…Saya pula tercipta untuknya.” Begitu puitis ceritanya seperti lagu-lagu cinta. “Saya pasrahkan diri untuknya. Saya hanya ada dia bagi masa depan saya. Dia juga begitu, kami bersama meniti hari buat memadu ikatan berkekalan. Gerbang perkahwinan.” Ujarnya tersusun dalam irama sedikit yakin. “Namun….apabila selesai SPM, keputusan peperiksaan saya teruk tetapi dia berjaya melanjutkan pelajaran ke university.” “Di sinilah bermula segala-galanya berubah. Hari demi hari mendatang dia telah jadi orang lain, saya seakan-akan tidak mengenalinya sama sekali.” Dia seperti akan menangis bagi mengakhiri bicaranya. “Memang pada permulaan berjauhan, setiap saat kami berhubungan melalui telefon. Kerinduan bagai badai yang mengaramkan kami dalam samudera rindu.” Sekali lagi dia berpuisi menghirup nafas yang dalam bersama memori terindahnya. “Tidak lama kemudian saya merasakan ada sesuatu kelainan apabila dia mula menyepi. Begitu sukar untuk menghubunginya, saya tidak tahu apa nombor telefon barunya.” Wajahnya bertukar merah, air mata mula mengalir dari kelopak matanya. “Akhirnya saya dapat tahu dia telah punya orang lain dalam hidupnya sedangkan saya di sini terpanggang menanggung derita keseorangan.”Esakannya kian kuat. “Pada suatu hari dia datang berjumpa saya dan secara rasmi memberitahu bahawa kami bukan pasangan yang sesuai. Perhubungan yang kami bina bertahun-tahun seperti tiada apa-apa makna dan diputuskan begitu saja.” Kekecewaan jelas terpancar pada utas-utas bicaranya. “Selepas pertemuan itu saya menghabiskan masa menyendiri, berfikir tentang diri sendiri mengingat memori indah serta sembilu yang disayat-sayat kepada hati saya yang begitu menyakitkan. Saya tidak menemui selain daripada kesakitan yang sangat dalam, hidup saya telah musnah, saya tidak punya masa depan lagi. Saya tidak perlu hidup lagi.” Tangisannya kuat, ledakan emosinya begitu menggetarkan. Bicaranya kemudian berulang-ulang atas benda yang sama. Cerita ini sebenarnya tiada kesimpulannya, ia hanya mengenengahkan sebuah kisah yang mana secara intelek kita boleh berkata : “Wahai gadis, apalah yang ada pada pemuda itu sehingga sanggup anda mengorbankan nyawa yang sangat berharga kerananya?” “Apalah sangat kesakitan berbanding masa depan gemilang yang menanti untuk bertemu dengan pemuda lain yang jauh lebih baik daripadanya?” “Kecilnya masalah itu, ada ramai lagi orang lain di luar sana yang sedang menanggung derita yang lebih parah tetapi tidak terlintas pun untuk membunuh diri!” Itu hujah kita, kenapa begitu rasional??Kerana kita tidak mencampurkannya dengan emosi negatif. Kenapa pula gadis tadi tidak boleh berfikir begini?? Kerana dia menyeret seluruh emosinya sekali. Kita telah menemui di mana punca kepada persoalan yang sering berlaku dalam kehidupan manusia.
Kenapa manusia tidak dapat mencari jawapan walaupun kelihatan masalah itu sangat mudah. Kenapa masalah tersebut masih menggelutinya?? Jawapannya, rasional hilang dan akhirnya dia tidak menemui cahaya sehingga ke hujung lorong permasalahan. Begitulah bahayanya gelutan emosi negative dalam diri. Sama ada emosi itu dalam soal perasaan tentang cinta atau kemarahan membara, ia sama sahaja. Ini adalah kerana apabila kita beremosi, kita hanya fikir benda yang sama, akal jadi sangat tumpul. Cuba kita lihat orang yang sedang marah atau mabuk cinta, perkataan yang keluar dari mulutnya ialah benda yang sama, ibarat satu kitaran yang bergelung. Ia seperti berlegar-legar dalam sebuah kotak besi yang terkatup rapat. Tidak jumpa jalan keluar. Apabila emosi ini terus dilayan, ia akan menjadi seperti bebola salji yang digolekkan dari atas ke bawah bukit. Daripada asalnya hanya sebesar bola sepak, bulatan itu boleh jadi sebesar kereta!! Justeru itu, sekiranya kita mahu selamat dan maruah terus terpelihara, ketika emosi terpancing, sedarkan diri bahawa kita sedang dalam zon penyingkiran waras, keupayaan akal merudum teruk sehingga kuasa naluri pun turut lumpuh. Asingkan suara dalam, bezakan antara gejolak emosi dan ilmu serta fitrah murni. Sekiranya ini tidak dapat diatasi, apa lagi yang masih tinggal pada manusia ini untuknya membuat keputusan dan bertindak?? Jawapannya : JANGAN HARAP!
Sunday, November 15, 2009
"semakin kita beremosi..semakin akal tidak berfungsi.."
Posted by EiRa MuNiRa AbD HaLim at 1:12 AM 0 comments
Saturday, October 24, 2009
program kajian lapangan n motivasi ranau
bersama penceramah dari JAS..org Ranau jga...tima kasih puan
macam kenal jak tau..huhu..
En.Rusining slku perasmi..bekas pengetua ku..apa2 pun tima kasih cikgu..ingat lagi time berucap sempat g cakap yang cikgu terkejut tgk aku ni..cikgu ingat aku masih kecik g..huhu..terharu time cikgu cite tentang kisah silam....
my group- harimau..
k lah...tima kasih suma org yang terlibat dlm program ini...memang best sangat walaupun penat...buat adik2...belajar bebaik k..wah pandai tau suruh org belajar..hehe...aku nak kongsi sikit satu kata2 yang buat aku terus berjuang time sekolah dulu adalah seorang guru matematik aku time darjah enam bagi hadiah buku tuk form 1 hingga 3 n di muka depan buku tu cikgu tu tulis" munira..menara gading sedang menantimu.."wah power tau ayat tu..dari situ aku sentiasa ingat kata2 itu...tima kasih cikgu Jaudi....k la jumpa lagi...salam....
Posted by EiRa MuNiRa AbD HaLim at 12:27 AM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
tawau,semporna,n kunak13-16.08.2009...salam ramadhan
salam.....alhamdulillah aku masih lagi dapat merasai bulan yang mulia ini...
emm..alhamdulillah juga coz kami selamat sampai dan kembali dari buat kajian...
perjalanan kali ini ok juga juz....memang ada sahaja yang kurang tapi kena tima jak suma kan...
macam2 kami lalui semasa buat kajian kali ini...
kajian lapangan kali ini kami buat kajian pasal banjir di satu kampung dan pengurusan sisa pepejal di kawasan perumahan di semporna...
semasa buat kajian pasal banjir memang lokasi kajian baru sahaja mengalami banjir jd,
keadaan persekitaran pun memang kotor...
memang simpati dengan penduduk kampung tersebut.....yalah mereka kerap kali mendapat bencana banjir malah mereka sendiri cerita yang mereka dah lali dengan masalah banjir...
pa yang di harapkan mereka akan mendapat jalan keluar dari masalah banjir tersebut.
selepas itu,esoknya kami buat kajian di semporna pasal pengurusan sisa pejal..kumpulan kami buat kajian di kawasan perumahan...
time buat kajian ini aku ngan mas buat soal selidik...alahai apa yang berlaku kami di serbu lelaki2 yang berada di suatu kawasan tersebut semasa buat soal selidik...huhu...macam nak jatuh jak jantung aku ngan mas time tu...rupa-rupanya tempat yang kami p buat soal selidik tu berhampiran dengan tempat orang2 berjudi...huhu..
nasib baik selepas kami jelaskan kami ini siapa baru mereka faham kot...alhamdulillah kami selamat...selepas buat kajian kami singgah rumah kawan n lecture d kunak....pas tu baru balik hostel di tawau...
emm..pa lg nak taip ya...alahai banyak keja ni tp pening pla nak buat....so terus buka blog n buat post.....huhu...k la salam ramadhan untuk semua...jadikan bulan yang mulia ini sebagai satu landasan untuk berubah..InsyaAllah....
Posted by EiRa MuNiRa AbD HaLim at 12:03 AM 0 comments
Friday, August 7, 2009
8.8.09...eira...
salam...alhamdulillah aku masih sihat n mampu buat post baru...
alahai xtau nak taip apa ni..so,suka hati jak jari ni taip..hehe...
now,seluruh negara menghadapi masalah penyebaran virus H1N1 ni...
dan pada 08.08.09...ni sudah 15 kematian yang di laporkan...
alahai harap2 jumlah ini tak bertambah lagi...
malah,d ums sendiri sudah ada pelajar yang positif virus ini tapi harap2 dia sembuh..InsyaALLAH....
aku takut juga yalah siapa lah yang tak takut ngan virus ini kan...
suma orang takut...huhu....
timbul persoalan napa ia tiba2 wujud???sebelum ini memang pelbagai jenis penyakit yang dah timbul..hairan jga...
tapi,bagi aku mgkn ini salah satu ujian daripadaNYA untuk manusia di muka bumi ini...
so,kita jangan cepat melatah dengan ujian ini...
memang ramai orang yang demam sekarang malah kawan2 aku sendiri pun ada yang demam
tapi,nasib baik tak teruk sangat....n mereka pun risau jga sebenarnya tu yang terus p klinik terus tuk buat pemeriksaan....tapi,aku ni geram juga ngan sorang kawan rapat aku ni yang degil sangat nak jumpa doktor...huhu...aku dah banyak kali dah suruh dia jumpa doktor coz dia ni batuk2,muntah2 lg...tapi still tak nak jumpa doktor...huhu...tapi,aku always doa supaya dia tak apa2...
faktor jerebu juga leh menyebabkan suma orang kurang sihat sekarang...aku ada juga dengar2 yang ada kebakaran hutan yang berlaku tapi agak kurang pasti di mana kebakaran tu berlaku..
dengan keadaan yang berjerebu ini menyebabkan aku dan suma orang la rasa panas sahaja sepanjang hari..aku ni kalau leh nak stay kat bilik jak coz malas jalan2 dgn keadaan mcm tu...
tapi, kena kuar juga yalah ada kuliah n urusan2 tertentu...
ok..topik lain pula..hehe...
aku ini risau sebenarnya coz pada 13-16 ogos ini kami ada fieldwork di kunak n semporna tapi kan.....kami akan tinggal di hostel kompleks sukan Tawau ni...huhu...tempat kami menginap sem.lepas juga....aku ni bukan pa tapi tak tahan dengan perjalanan yang jauh sangat ni...
penat duduk jak ni..huhu....tapi nak buat cmna kan..kena pergi juga demi kajian kami...
aku suka jalan2 sebenarnya tapi apabila aku ingat perjalanan yang aku dah lalui dulu dengan keadaan aircond bas yang sejuk sangat n tak leh tutup or kurangkan menyebabkan aku jadi tak bersemangat nak jalan2...tapi,aku harap kali ini ok sikit perjalanan kami...InsyaALLAH...
malah,aku pernah mengatakan yang aku tak akan datang di Tawau lagi dengan naik bas..kalau leh nak naik kapal terbang jak...huhu...tapi tak tertunai pula...
aku tabik ngan suma orang Tawau yang balik naik bas ni...dan yang buat aku jadi kuat sebenarnya adalah aku pernah melihat makcik2 yang naik bas balik Tawau...cian d orang ni..mesti d orang pun mengeluh tu tapi nak buat cmna g kan...jadi kalau d orang leh aku mesti leh..
emmm....pa lg ek nak tulis....ok lah..nanti sabung g...sebenarnya c eira ni miz someone..tapi
harap2 dia sihat,bahagia,n happy slalu...huhu.... eira selalu luar biasa bagus n hebat sekali...insyaALLAH..wassalam.....
Posted by EiRa MuNiRa AbD HaLim at 8:53 PM 0 comments
Thursday, May 7, 2009
LoVe u MAMA......
Posted by EiRa MuNiRa AbD HaLim at 5:58 PM 0 comments
Thursday, April 30, 2009
Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Posted by EiRa MuNiRa AbD HaLim at 8:41 PM 0 comments
'teman bukanya soal mencari seseorang yang sempurna tapi menemukan seseorang yang mampu mengubahmu menjadi yang paling sempurna'
"jika ada sesiapa yang pinta cintamu,katakan ianya untuk ALLAH...
jika ada sesiapa yang pinta kasihmu,katakan ianya untuk IBUBAPAMU....
jika ada sesiapa pinta keikhlasanmu,maknanya berilah pada yang benar2 menghargaimu..."
Posted by EiRa MuNiRa AbD HaLim at 1:30 AM 0 comments
Saturday, April 25, 2009
solat di awal waktu....
"jika solat pada akhir waktu,tak perlu bayar tol juga,
tapi sekatannya,MasyaALLAH!...
di langit pertama,penjaga tol marahkan posmen kita,
disoalnya,mengapa lewat poskan amalan kita?
merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan,
tapi penjaga langit pertama tak hiraukan,
sebaliknya amalan lewat solat tadi,
dicampakkan balik ke bumi lalu jatuh berderai.......!
maka tak sampai lah amalan kita pada ALLAH,
seolah-olah kita tak solat juga,
jadi bersedialah kita menerima pembalasannya,
jika tidak di akhirat,di dunia....
hilang duit,hati risau,ujian bertimpah-timpah,
jadi tidak ada maknanya solat lewat kerana.....
amalannya tak sampai...
tidak ada nilai.....sebaliknya kena azab lagi..."
Posted by EiRa MuNiRa AbD HaLim at 10:42 PM 0 comments