? ??????????????What It Do (Animated)? ????? ?????? ???Rating: 4.4 (11 Ratings)??0 Grabs Today. 8105 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Dance Dance (Animated)? ????
? ?????? ???Rating: 4.7 (15 Ratings)??0 Grabs Today. 3969 Total Grabs. ??????Get the Code?? CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Sunday, November 15, 2009

"semakin kita beremosi..semakin akal tidak berfungsi.."

salam luar biasa bagus n hebat sekali.....kata2 ni aku suka guna untuk motivasikan diri n korang semua....kata2 pembuka bicara dari motivator yang aku suka iaitu DR.HM Tuah...emm...entah terlintas di fikiran aku untuk buat post baru tentang tajuk ini...sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 suma..."semakin kita beremosi,semakin akal tidak berfungsi", memang betul kata2 itu....ok k lah jom kita sama2 renung dan fikir di sebalik cerita tersebut....
cerita ini aku petik daripada http://www.iluvislam.com/ oleh Yoon…cerita ini menarik perhatian aku tu yang terus buat post..ceritanya gini……….

Seorang gadis dimasukkan ke hospital kerana mengambil paracetamol berlebihan. Dia menelan berpuluh-puluh biji pil tersebut sekali gus. Berlaku tindak balas yang teruk kepada bahagian hati dan hampir-hampir saja tindakannya itu meragut nyawanya. Di atas katil hospital dia menceritakan sebab bagi kewajaran tindakannya. “Saya bercinta dengan seorang pemuda dalam satu kisah yang panjang…” gadis itu memulakan cerita. “Kami menemui keserasian sejak dari umur kanak-kanak. Kami bersekolah tadika sama, sekolah rendah dan sehinggalah peringkat menengah.” Ceritanya lancar sekali seperti menjeling zaman lampaunya yang indah semerbak. “Saya tahu dia tercipta untuk saya…Saya pula tercipta untuknya.” Begitu puitis ceritanya seperti lagu-lagu cinta. “Saya pasrahkan diri untuknya. Saya hanya ada dia bagi masa depan saya. Dia juga begitu, kami bersama meniti hari buat memadu ikatan berkekalan. Gerbang perkahwinan.” Ujarnya tersusun dalam irama sedikit yakin. “Namun….apabila selesai SPM, keputusan peperiksaan saya teruk tetapi dia berjaya melanjutkan pelajaran ke university.” “Di sinilah bermula segala-galanya berubah. Hari demi hari mendatang dia telah jadi orang lain, saya seakan-akan tidak mengenalinya sama sekali.” Dia seperti akan menangis bagi mengakhiri bicaranya. “Memang pada permulaan berjauhan, setiap saat kami berhubungan melalui telefon. Kerinduan bagai badai yang mengaramkan kami dalam samudera rindu.” Sekali lagi dia berpuisi menghirup nafas yang dalam bersama memori terindahnya. “Tidak lama kemudian saya merasakan ada sesuatu kelainan apabila dia mula menyepi. Begitu sukar untuk menghubunginya, saya tidak tahu apa nombor telefon barunya.” Wajahnya bertukar merah, air mata mula mengalir dari kelopak matanya. “Akhirnya saya dapat tahu dia telah punya orang lain dalam hidupnya sedangkan saya di sini terpanggang menanggung derita keseorangan.”Esakannya kian kuat. “Pada suatu hari dia datang berjumpa saya dan secara rasmi memberitahu bahawa kami bukan pasangan yang sesuai. Perhubungan yang kami bina bertahun-tahun seperti tiada apa-apa makna dan diputuskan begitu saja.” Kekecewaan jelas terpancar pada utas-utas bicaranya. “Selepas pertemuan itu saya menghabiskan masa menyendiri, berfikir tentang diri sendiri mengingat memori indah serta sembilu yang disayat-sayat kepada hati saya yang begitu menyakitkan. Saya tidak menemui selain daripada kesakitan yang sangat dalam, hidup saya telah musnah, saya tidak punya masa depan lagi. Saya tidak perlu hidup lagi.” Tangisannya kuat, ledakan emosinya begitu menggetarkan. Bicaranya kemudian berulang-ulang atas benda yang sama. Cerita ini sebenarnya tiada kesimpulannya, ia hanya mengenengahkan sebuah kisah yang mana secara intelek kita boleh berkata : “Wahai gadis, apalah yang ada pada pemuda itu sehingga sanggup anda mengorbankan nyawa yang sangat berharga kerananya?” “Apalah sangat kesakitan berbanding masa depan gemilang yang menanti untuk bertemu dengan pemuda lain yang jauh lebih baik daripadanya?” “Kecilnya masalah itu, ada ramai lagi orang lain di luar sana yang sedang menanggung derita yang lebih parah tetapi tidak terlintas pun untuk membunuh diri!” Itu hujah kita, kenapa begitu rasional??Kerana kita tidak mencampurkannya dengan emosi negatif. Kenapa pula gadis tadi tidak boleh berfikir begini?? Kerana dia menyeret seluruh emosinya sekali. Kita telah menemui di mana punca kepada persoalan yang sering berlaku dalam kehidupan manusia.
Kenapa manusia tidak dapat mencari jawapan walaupun kelihatan masalah itu sangat mudah. Kenapa masalah tersebut masih menggelutinya?? Jawapannya, rasional hilang dan akhirnya dia tidak menemui cahaya sehingga ke hujung lorong permasalahan. Begitulah bahayanya gelutan emosi negative dalam diri. Sama ada emosi itu dalam soal perasaan tentang cinta atau kemarahan membara, ia sama sahaja. Ini adalah kerana apabila kita beremosi, kita hanya fikir benda yang sama, akal jadi sangat tumpul. Cuba kita lihat orang yang sedang marah atau mabuk cinta, perkataan yang keluar dari mulutnya ialah benda yang sama, ibarat satu kitaran yang bergelung. Ia seperti berlegar-legar dalam sebuah kotak besi yang terkatup rapat. Tidak jumpa jalan keluar. Apabila emosi ini terus dilayan, ia akan menjadi seperti bebola salji yang digolekkan dari atas ke bawah bukit. Daripada asalnya hanya sebesar bola sepak, bulatan itu boleh jadi sebesar kereta!! Justeru itu, sekiranya kita mahu selamat dan maruah terus terpelihara, ketika emosi terpancing, sedarkan diri bahawa kita sedang dalam zon penyingkiran waras, keupayaan akal merudum teruk sehingga kuasa naluri pun turut lumpuh. Asingkan suara dalam, bezakan antara gejolak emosi dan ilmu serta fitrah murni. Sekiranya ini tidak dapat diatasi, apa lagi yang masih tinggal pada manusia ini untuknya membuat keputusan dan bertindak?? Jawapannya : JANGAN HARAP!

Saturday, October 24, 2009

program kajian lapangan n motivasi ranau

salam luar biasa bagus n hebat sekali.....nk smbung cite g..tanggal 17-18 /10/2009 kami di beri satu tggjwab utk bt flwrk n program motivasi di smk ranau...so,buat pihak sekolah smk ranau tima kasih dgn sgla kerjasama...n utk kampung kituntul n kinapulidan tima kasih jga coz bg kerjasama yg baik...

pelajar smk ranau

bersama penceramah dari JAS..org Ranau jga...tima kasih puan


macam kenal jak tau..huhu..



En.Rusining slku perasmi..bekas pengetua ku..apa2 pun tima kasih cikgu..ingat lagi time berucap sempat g cakap yang cikgu terkejut tgk aku ni..cikgu ingat aku masih kecik g..huhu..terharu time cikgu cite tentang kisah silam....



my group- harimau..



time majlis penutupan..baru nak tepuk tangan or baca doa..lupa dah...hehe


k lah...tima kasih suma org yang terlibat dlm program ini...memang best sangat walaupun penat...buat adik2...belajar bebaik k..wah pandai tau suruh org belajar..hehe...aku nak kongsi sikit satu kata2 yang buat aku terus berjuang time sekolah dulu adalah seorang guru matematik aku time darjah enam bagi hadiah buku tuk form 1 hingga 3 n di muka depan buku tu cikgu tu tulis" munira..menara gading sedang menantimu.."wah power tau ayat tu..dari situ aku sentiasa ingat kata2 itu...tima kasih cikgu Jaudi....k la jumpa lagi...salam....

Tuesday, August 25, 2009

tawau,semporna,n kunak13-16.08.2009...salam ramadhan

salam.....alhamdulillah aku masih lagi dapat merasai bulan yang mulia ini...
emm..alhamdulillah juga coz kami selamat sampai dan kembali dari buat kajian...
perjalanan kali ini ok juga juz....memang ada sahaja yang kurang tapi kena tima jak suma kan...
macam2 kami lalui semasa buat kajian kali ini...
kajian lapangan kali ini kami buat kajian pasal banjir di satu kampung dan pengurusan sisa pepejal di kawasan perumahan di semporna...


semasa buat kajian pasal banjir memang lokasi kajian baru sahaja mengalami banjir jd,
keadaan persekitaran pun memang kotor...
memang simpati dengan penduduk kampung tersebut.....yalah mereka kerap kali mendapat bencana banjir malah mereka sendiri cerita yang mereka dah lali dengan masalah banjir...
pa yang di harapkan mereka akan mendapat jalan keluar dari masalah banjir tersebut.

selepas itu,esoknya kami buat kajian di semporna pasal pengurusan sisa pejal..kumpulan kami buat kajian di kawasan perumahan...
time buat kajian ini aku ngan mas buat soal selidik...alahai apa yang berlaku kami di serbu lelaki2 yang berada di suatu kawasan tersebut semasa buat soal selidik...huhu...macam nak jatuh jak jantung aku ngan mas time tu...rupa-rupanya tempat yang kami p buat soal selidik tu berhampiran dengan tempat orang2 berjudi...huhu..

nasib baik selepas kami jelaskan kami ini siapa baru mereka faham kot...alhamdulillah kami selamat...selepas buat kajian kami singgah rumah kawan n lecture d kunak....pas tu baru balik hostel di tawau...

emm..pa lg nak taip ya...alahai banyak keja ni tp pening pla nak buat....so terus buka blog n buat post.....huhu...k la salam ramadhan untuk semua...jadikan bulan yang mulia ini sebagai satu landasan untuk berubah..InsyaAllah....

Friday, August 7, 2009

8.8.09...eira...

salam...alhamdulillah aku masih sihat n mampu buat post baru...
alahai xtau nak taip apa ni..so,suka hati jak jari ni taip..hehe...
now,seluruh negara menghadapi masalah penyebaran virus H1N1 ni...
dan pada 08.08.09...ni sudah 15 kematian yang di laporkan...
alahai harap2 jumlah ini tak bertambah lagi...
malah,d ums sendiri sudah ada pelajar yang positif virus ini tapi harap2 dia sembuh..InsyaALLAH....

aku takut juga yalah siapa lah yang tak takut ngan virus ini kan...
suma orang takut...huhu....
timbul persoalan napa ia tiba2 wujud???sebelum ini memang pelbagai jenis penyakit yang dah timbul..hairan jga...
tapi,bagi aku mgkn ini salah satu ujian daripadaNYA untuk manusia di muka bumi ini...
so,kita jangan cepat melatah dengan ujian ini...

memang ramai orang yang demam sekarang malah kawan2 aku sendiri pun ada yang demam
tapi,nasib baik tak teruk sangat....n mereka pun risau jga sebenarnya tu yang terus p klinik terus tuk buat pemeriksaan....tapi,aku ni geram juga ngan sorang kawan rapat aku ni yang degil sangat nak jumpa doktor...huhu...aku dah banyak kali dah suruh dia jumpa doktor coz dia ni batuk2,muntah2 lg...tapi still tak nak jumpa doktor...huhu...tapi,aku always doa supaya dia tak apa2...

faktor jerebu juga leh menyebabkan suma orang kurang sihat sekarang...aku ada juga dengar2 yang ada kebakaran hutan yang berlaku tapi agak kurang pasti di mana kebakaran tu berlaku..
dengan keadaan yang berjerebu ini menyebabkan aku dan suma orang la rasa panas sahaja sepanjang hari..aku ni kalau leh nak stay kat bilik jak coz malas jalan2 dgn keadaan mcm tu...
tapi, kena kuar juga yalah ada kuliah n urusan2 tertentu...

ok..topik lain pula..hehe...
aku ini risau sebenarnya coz pada 13-16 ogos ini kami ada fieldwork di kunak n semporna tapi kan.....kami akan tinggal di hostel kompleks sukan Tawau ni...huhu...tempat kami menginap sem.lepas juga....aku ni bukan pa tapi tak tahan dengan perjalanan yang jauh sangat ni...
penat duduk jak ni..huhu....tapi nak buat cmna kan..kena pergi juga demi kajian kami...

aku suka jalan2 sebenarnya tapi apabila aku ingat perjalanan yang aku dah lalui dulu dengan keadaan aircond bas yang sejuk sangat n tak leh tutup or kurangkan menyebabkan aku jadi tak bersemangat nak jalan2...tapi,aku harap kali ini ok sikit perjalanan kami...InsyaALLAH...
malah,aku pernah mengatakan yang aku tak akan datang di Tawau lagi dengan naik bas..kalau leh nak naik kapal terbang jak...huhu...tapi tak tertunai pula...
aku tabik ngan suma orang Tawau yang balik naik bas ni...dan yang buat aku jadi kuat sebenarnya adalah aku pernah melihat makcik2 yang naik bas balik Tawau...cian d orang ni..mesti d orang pun mengeluh tu tapi nak buat cmna g kan...jadi kalau d orang leh aku mesti leh..

emmm....pa lg ek nak tulis....ok lah..nanti sabung g...sebenarnya c eira ni miz someone..tapi
harap2 dia sihat,bahagia,n happy slalu...huhu.... eira selalu luar biasa bagus n hebat sekali...insyaALLAH..wassalam.....

Thursday, May 7, 2009

LoVe u MAMA......

emm....alhamdulillah ra masih mampu menaip pada pagi ni....ra terus buka laptop ni sambil dengar radio hotfm...isu yg d perkatakan skrg adalah hari ibu...alahai terus ingat mama ni...huhu...x sabar rasanya nak jumpa mama n papa juga...bila ra dengar jak lagu Exist Untukmu Ibu tambah ra sedih ni..."cengeng" kan tu yg terus nangis....
siapa la yg x syg ibu kan...? kita sering dengar masalah anak2 yang derhaka pada ibu sendiri..malah rasanya sejak azali kot..hehe...tapi btul tau...kadang2 kita ni tak puas sikit terus nak hukum ibu...kita tak tau banyak mana dah kita menyusahkan ibu kita..kalau ibu kita minta balas balik pengorbanan yang dia lakukan dulu... dapatkah kita balas???????? kita kena ingat ibu kita tak pernah tidak puas hati n berkira ngan kita napa pla kita leh buat gtu ngan ibu kita??????aduh sedih tul.......
n ada juga anak2 ni sggup antar ibu sendiri ke rumah warga emas coz dengan alasan tak dapat jaga ibu sendiri lantaran kesibukan kerja yang membebani mereka...sanggupnya mereka pentingkan kerja mereka sendiri berbanding ibu yang menjaga mereka sejak lahir lagi....betul lah kata org anak 10 orang pun belum tentu dapat menjaga seorang ibu....memang sedih tul kalau dapat anak2 gtu kan...kadang2 ada juga anak2 ni terutamanya lelaki sanggup derhaka ngan ibu sendiri coz desakan dari isteri mereka yang tak suka ngan ibu mertuanya..sedih tau coz lelaki tu lebih sayangkan isteri daripada ibu sendiri...memang wajib tuk sayangkan isteri tapi sebagai seorang anak lelaki dia tak leh sayangkan isteri lebih daripada sayang ibu coz syurga bagi seorang anak lelaki walaupun dah kahwin adalah di bawah tapak kaki ibu.....kalau ra,ra ni x lah baik sangat tapi kalau bab "ibu" ra pantang tgk org derhaka ngan ibu sendiri atau ibu mertua...cakap pasal ibu mertua...walaupun dia bukan ibu kandung kita tapi apabila kita sudah bergelar isteri kepada anak lelakinya so,kita kena wajib taat n hormat ngan ibu tersebut..ra ni kecewa tul bila tgk ada pompuan langsung tak hormat ngan ibu mertua sedangkan sebelum ni ibu mertua tu banyak membantu dia semasa dia melahirkan anak,dalam kesusahan n sebagainya...tapi tak juga sedar diri...sepatutnya kita ni bersyukur lah kan dapat ibu mertua gtu coz jarang ibu mertua yang sggup bersusah payah ngan menantu sendiri...
so,bersyukur lah...tuk taat kepada suami kena hormat ibu mertua tu terlebih dhulu btul tak???alahai macam orang dah kahwin pula ra ni kan...jangan fikir bkn2 pla...ra banyak belajar daripada masalah yg berlaku di persekitaran ra n dalam keluarga ra sendiri...kadang2 ra ni jadi motivator ngan pompuan yg dah bergelar isteri..huhu...walaupun ra bukan pakar dalam bab gtu coz ra sendiri belum bergelar seorang isteri tapi kalau ra leh tolong ra akan tolong jga...yalah orang dah minta pendapat kan...n ra ni suka baca buku2 motivasi terutamnya buku2 DR.Tuah..buku yang dia hasilkan memang best sangat n banyak cerita2 benar n cara2 nak settle suma masalah berlaku...ilmu agama juga sering d selitkan dalam buku yg dia tulis...so kesimpulanya..baca lah buku dia...hehe..promote lah pla...tapi,memang tak d nafikan kita memang senang nak berkata-kata untuk bagi motivasi atau pendapat ngan orang lain tapi bila kita sendiri melalui masalah yang mereka lalui belum tentu kita dapat aplikasikan semua yang kita bagitau ngan mereka leh kita buat...
k la...ra nak ucapakn selamat ari ibu ngan mama ra,kak aisyah,kak liza,kak sulia,kak julia,n kawan2 yg dah bergelar ibu n bakal ibu..hehe...khas buat mama ra...tima kasih banyak2 coz byk berkorban tuk ra...ra banyak menyusahkan mama...mama memang kuat semangat tuk membesarkan anak2 mama yang mempunyai banyak karenah....
bila d ingat balik mama ra pernah bercerita ngan ra yang time mama lahirkan ra,mama banyak tul menghadapi kesusahan dah lah jauh dari hospital kan time tu...so mama tak sempat lahirkan ra d hospital coz xda pengangkutan jadi ra lahir d rumah jak dengan bantuan papa n abang ra...tapi,sebaik ra lahir kat dunia pada 27 mei 1987 tak pasti pula jam berapa tapi time malam la terus ra demam selsema ni...alahai memang pelik kan pada hal baru jak lahir...tapi tu semua kuasa Allah SWT...pa lagi mama pun risau sangat2 yalah tak pernah dia dengar n hadapi perkara sebegitu kan...esoknya mama bawa ra p klinik yang kira lebih dekat ngan kampung ra tapi mama terpaksa naik kereta yg mcm lori tapi tu agak pendek n kecik sedikit lah...n mama duduk kat belakang sambil mengendong ra...alahai dah lah jalan raya tak berturap kan n berbukit bukau lagi tu untuk sampai ke klinik tersebut...memang semua penumpang dalam keta tu risau tul ngan mama ra coz mama bru jak lahirkan ra malam tu terus jalan lg tu esoknya...huhu...selepas dah sampai klinik n jumpa doktor malah doktor pun agak hairan time tu ngan keadaan ra...mama terus balik umah dengan menaiki keta yg sama...sampai jak mama d umah...mama terus pengsan ...yalah kan tak leh kuar or jalan2 kalau baru pas bersalin.. memang bahaya n leh membawa maut kalau kena...papa time tu sibuk menjaga kak suria yg sakit juga n time mama pengsan papa jaga ra n kak suria lah...jd abang sulung ra yang jaga mama ni...abang ra marah sangat ngan mama coz sanggup berkorban tuk ra sedangkan dia baru jak bersalin kan...malah abang ra gtau lah ngan mama yang biarlah ra ni tiada daripada mama yang tiada...huhu..sedihnya...ra x salahkan abang ra tu coz dia memang sayang sangat ngan mama...dia lebih rela ra pergi daripada mama yg pergi...tapi alhamdulillah ra beransur sembuh selepas tu...n membesar lah seorang anak yang d beri nama munira abd halim oleh seorang guru...k la sayangi lah ibubapa kita walau apa yang berlaku jangan sesekali menyisihkan mereka...ra saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sangat22222222222222222 mama n papa.......

Thursday, April 30, 2009



Sesungguhnya
Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmad-MU
Jika tidak menagih simpatiPada Mu Ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu







"sahabat sejati...seseorang yang selalu hadir masa kita sedih n kesepian.... selalu bersama saat duka lara..memahami n leh menghiburkan................... tak pandang kaya atau miskin..seseorang yang membantu kita bangun..... tatkala kita jatuh..sama2 menitiskan air mata bahagia masa kita tak punya sesiapa untuk bersandar"



"manusia kadang2 lupa untuk menghargai 'seseorang' yang ada dengan dia... tapi....bila dia kehilangan orang itu dia akan menangis....dan akan merindui 'seseorang' itu..sangat2! jadi sebagai teman n sahabat ra nak awak menghargai 'seseorang' itu... sebelum awak takkan dapat lihat,nampak,dan sayang 'seseorang' itu lagi.... sebab awak tak pernah tau siapa yang akan sayang awak hingga awak kehilangan dia... hanya sebab 'seseorang' itu tak sayang awak dengan cara yang awak nak... tak bermakna dia tak sayang awak dengan semua yang dia ada.....renung2kan..."


'teman bukanya soal mencari seseorang yang sempurna tapi menemukan seseorang yang mampu mengubahmu menjadi yang paling sempurna'


"jika ada sesiapa yang pinta cintamu,katakan ianya untuk ALLAH...
jika ada sesiapa pinta rindumu,katakan ianya untuk RASUL.....
jika ada sesiapa yang pinta kasihmu,katakan ianya untuk IBUBAPAMU....
jika ada sesiapa pinta keikhlasanmu,maknanya berilah pada yang benar2 menghargaimu..."





Saturday, April 25, 2009

solat di awal waktu....


"jika solat pada akhir waktu,tak perlu bayar tol juga,
tapi sekatannya,MasyaALLAH!...
di langit pertama,penjaga tol marahkan posmen kita,
disoalnya,mengapa lewat poskan amalan kita?
merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan,
tapi penjaga langit pertama tak hiraukan,
sebaliknya amalan lewat solat tadi,
dicampakkan balik ke bumi lalu jatuh berderai.......!
maka tak sampai lah amalan kita pada ALLAH,
seolah-olah kita tak solat juga,
jadi bersedialah kita menerima pembalasannya,
jika tidak di akhirat,di dunia....
hilang duit,hati risau,ujian bertimpah-timpah,
jadi tidak ada maknanya solat lewat kerana.....
amalannya tak sampai...
tidak ada nilai.....sebaliknya kena azab lagi..."