? ??????????????What It Do (Animated)? ????? ?????? ???Rating: 4.4 (11 Ratings)??0 Grabs Today. 8105 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Dance Dance (Animated)? ????
? ?????? ???Rating: 4.7 (15 Ratings)??0 Grabs Today. 3969 Total Grabs. ??????Get the Code?? CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Thursday, January 31, 2013

Tragedi 23 Januari 2013

Assalamualaikum...sihat ke?harap-harap sihat semuanya...saya sihat cuma ada sesuatu yang mengganggu fikiran sekarang..huhu...tanggal 23 Januari 2013 (Rabu) sesuatu peristiwa yang berlaku apabila dua orang murid SK Mangkapoh,Ranau telah lemas semasa balik dari sekolah. Menurut mangsa yang terlibat semasa kejadian, seramai 14 orang telah menaiki perahu tersebut, 2 orang lelaki dewasa,1 orang remaja perempuan lepasan SPM,11 orang murid  SK Mangkapoh..12 orang terselamat dan 2 orang murid lemas iaitu Fara (tahun 3) dan Justina (tahun 5). Kejadian berlaku di sungat Sugut.

Pihak sekolah sudah memaklumkan kepada wakil ibu bapa supaya tidak membawa murid atau anak mereka datang ke sekolah. Hal ini kerana, pada hari Rabu adalah penyerahan RM100 kepada semua murid tetapi bagi murid dari Kg.Mangkapoh kami tidak benarkan ke sekolah sebab masalah jambatan yang rosak selepas terkena banjir besar.

semasa di tempat kejadian
selepas mendapat tahu tentang kejadian tu saya,c.Gopi, ustaz dan murid2 lain bergegas ke tempat kejadian di sungai.Apabila saya sampai,saya dah terdengar suara menangis...aduina terlintas dalam fikiran saya, 'kuatkah saya untuk tengok keadaan mereka?'...namun saya teruskan juga berjalan sampai ke sungai.Sampai saja di tebing sungai saya terus berjumpa dengan orang yang ada di tempat kejadian.Terduduk terus bila dengar cerita sebenar...huhu..

Saya tidak mampu berkata apa-apa lagi...lama berdiri di tebing sungai saya terjumpa mama Fara.Saya terus peluk dia..Macam-macam dia cakap tapi saya rahsiakan di sini apa yang dia cakap dengan saya k..Saya hanya mampu berkata supaya dia bersabar dan relakan pemergian dia...huhu...Memang sesiapa pun yang berada di sana pada masa itu kena kuat semangat sebab keluarga mangsa menangis sampai menjerit-jerit ini...huhu..menyayat hati betul...

Selepas kejadian
Sedih memang sedih tapi benda sudah berlaku, itu lah yang ditentukan olehNYA..PERCAYA PADA QADA' DAN QADAR...sebelum ini hanya mendengar berita musibah yang kena pada orang lain tetapi, apabila musibah itu kena pada batang hidung sendiri baru terasa berat...dulu senang dan ringan sahaja di mulut berkata sabar kepada orang lain tetapi apabila kita sendiri yang menghadapinya memang agak sukar...selepas kejadian itu saya langsung tidak boleh tidur sebab asyik terbayang saja muka murid itu...saya ingat saya sorang saja begitu tetapi guru-guru yang lain pun sama..

Tetapi, yang sangat menyedihkan adalah ramai pula orang yang menyalahkan pihak lain..kami yang mendapat musibah itu hanya berdiam diri malah orang lain pula yang lebih-lebih .Cerita yang sebenar pun telah 'ditambah pelbagai perisa'..huhu..sampai ada yang sampai bergaduh dalam fb ni...jadi,sekarang kita jangan hanya menunding jari kepada orang lain tetapi sama-sama perbaiki diri dan jadikan itu sebagai pengajaran untuk kita semua...



Terbaru
Mayat Justina telah dijumpai pada hari kejadian dan selamat dikebumikan pada 25 Januari, manakala mayat Fara belum lagi dijumpai hingga sekarang..huhu...sedihnya tapi nak buat macam mana semua dah bertungkus lumus mencari tetapi tidak dijumpai...

tempat kejadian tetapi ini sebelum jambatan benar putus/rosak

semasa kejadian...jambatan dah rosak 3 sebelum...